Wednesday 4 September 2019

FAMILY TRIP TO LANGKAWI 1

PELANCONGAN

Under Water World Langkawi.
Dataran Lang Langkawi
Perjalanan seawal jam 5 pagi dari rumah , Sarikei ke Lapangan Terbang Sibu. Ambil penerbangan Sibu KL. Sampai di KLIA 2, bersama anak-anak makan tengahari. Boleh tahan juga harga makanan, makan di airportkatakan. Selepas lunch terus ambil flightKLIA 2 ke Langkawi. Sampai di Lapangan Terbang Langkawi terus mendapatkan kereta sewa. Sewa sebuah kereta sewa.  Kadar kira ok juga. Adalah RM200 lebih untuk 4D3N. Semestinya memandu sendiri pemandu tidak disediakan.
Di Langkawi kami sekeluarga stay di chalet (nama jer chalet tapi lebih kurang macam hotel sahaja) Wow.... apa lagi chalet dah ada kereta pun ada....apa tunggu lagi...menerokalah jadi nya.
Langkawi jangan bimbang tak pandai sesat punya....pulau katakan....habis minyak..isi.
Pengalaman pertama/cabaran ialah bawa 2 orang anak kecil. Dengan pelbagai kerenah , minta itu ini apa lagi diselang seli dengan leteran si ibu.... Masa tu memang tension juga..tapi bila diimbas kembali boleh jadi tersenyum sendiri lantas lawatan ini adalah pada Disember 2017 lalu. Lama dah kan?

Cerita ke 2.... pelik bin ajaib bila kakak yang lebih kecil susuk badannya sering disangka adik manakala adik disangka abang. Badan si adik besar, so....bila part masuk tempat-tempat berbayar, adik berbayar, kakak masuk free,....hihihi. Nak gambar lagi?


Berbalik kepada pengalaman. K, pengalaman ke 3. Part makan , lepas keletihan berjalan sana - sini so makan lah. Tidak ada masalah cari tempat makan di Langkawi bagi yang muslim memang no problem punya , ini Mahsuri punya pulau. Bagi kita non-muslim pun tidak kurang juga. Yang pelik nya harga dan citarasa makanan non-muslim di Langkawi agak sama dengan style masakan di Sarawak....ingat mahal harga , rupa-rupanya lebih kurang sama dengan di Sarawak , makan lah beh wei....apamau? Seafood ler... K, ku spon ko orang gambar 3 keping.




No comments:

Post a Comment